Thursday 29 December 2011

Tahap perkembangan KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)


5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;
  • Peringkat Rangsangan
          - Beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
  • Peringkat Penerokaan
          - Pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif     
            akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik. 

  • Peringkat Perancangan
          - Melalui perancangan secara verbal & visual.
  • Peringkat aktivit
          - Lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan 
            ke atas cadangan tersebut. 

  • Kajian Semula
          - Membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan - 
            untuk tujuan penambahbaikan. 



Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

  • E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti). 
Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

  • June King McFee
Beliau mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.

No comments:

Post a Comment